My profile

My photo
Jadikanlah zikir ini sebagai nyanyian mulut kita setiap hari, terutamanya dikala waktu kesusahan menimpa diri. Kerana apabila manusia terus-menerus mengingati Allah (s.w.t.) sewaktu dalam kesusahan, maka mereka tidak akan sekali-kali berputus asa kerana yakin atas apa yang Allah takdirkan.

Friday 29 October 2010

Allah yang Maha Esa









 Tersergam indah bak mahligai dimata ,

 Segala nikmat yang diberiNya tidak terhingga ,
 Kuntuman mawar mekar merona ,
 Kicauan burung yang mendamaikan jiwa ,

 Cengkerik berbunyi dibelantara ,
 Langit membiru bagaikan tiada penghujungnya ,
 Awan berarak ibarat membawa berita ,
 Tiupan angin yang menyegarkan minda ,

 Rembulan setia mencurahkan cahay ,
 Dihiasi bintang yang bergemerlapan dialam semesta ,
 Hutan yang menghijau keseluruh pelusuk dunia ,
 Ditemani air yang jernih nan membiru dimata ,

 Bertapa indahnya alam ciptaanNya ,
 Semua tunduk dibawah kuasa yang Maha Esa...

Wednesday 27 October 2010

Sahabat,dgrkanlah kata2ku ini..

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Wahai teman, maafkanlah diriku
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya
Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi
Bersabarlah wahai sahabat
Akan pemergian ku ini
Moga kita dipertemukan kembali
Disyurga yang abadi

Friday 22 October 2010

.::Cinta yg Hakiki::.

Cinta Itu Di Hati

Cinta itu adalah fitrah hati
Lahir tanpa diminta dan dipaksa
Namun Tuhan sentiasa menguji
Apakah cinta itu suci atau sebaliknya

Cintailah yang dihati
Itu cinta hakiki dan murni
Jangan cinta hanya nafsu
Itu cinta palsu yang melulu

Betapa bahagia cintakan Tuhan
Bagai bunga yang mewangi kehidupan
Tiada waktu dan jarak memisah
Kembara rasa tidak bernoktah

Betapa derita korban percintaan
Bila nafsu jadi taruhan
Jiwa gelisah bila terpisah
Asyik bertemu jemu bertamu

Cintailah sesiapa sahaja
Asal wadahnya cinta Allah
Hati tidak resah
Jiwa tak akan gelisah
Jauh terhubung rindu
Dekat terikat padu  

Luahan Hatiku,...

Ingin sekali aku bicara tentang hati ,
Namun semuanya terhenti ,
Pabila hatiku teringat pada Ilahi ,

ku rasakan bebannya ujian ini ,
ku rasakan peritnya sehingga merebahkan diri ,
Gugurnya titisan air mata ke bumi ,
bak bintang dilangit jatuh bersepi ,

Kerana terasa diri terlalu dilukai ,
dengan ujian ini ,
Hati ini terlalu dahagakan kehangatan kasih Ilahi ,
Tetapi jauh disudut hati ,
ku tahu Dia sedang menguji kekuatan imanku ,
buat membentukku menjadi hambanya yg sabar,
Kerana ku tahu Dia menyayangiku....

~ Ker0nc0ng Kasih Sayang ~

Jangan mudah melafaz kasih,
Kasih itu pada siapa?
Jangan mudah melafaz sayang,
Sayang itu untuk siapa?
Jangan mudah melafaz cinta,
Cinta itu pada Yang Esa
Cinta bunga,bungakan layu,
Cintakan manusia kan pergi

Cinta yang di hati,
kasih sayang yang hakiki
Kasih yang di cari
Moga Allah meredhai
Cinta yang dihati,
kasih sayang yang hakiki
Kasih yang di cari
Moga Allah meredhai

Cintakan Allah dan RasulNya
Suburkanlah di dalan jiwa
Sayang-sayangi keluarga kita
Moga hidup aman bahgia
Jiran tetangga hormat-menghormati
Sesama manusia kita berbakti

Semoga Allah memberkati
Hidupnya insan di alam ini
Negara makmur dan diredhai
Mendapat keampunan Illahi
Semoga Allah memberkati
Hidupnya insan di alam ini
Negara makmur dan diredhai
Mendapat keampunan Illahi

Cintakan bunga, bunga kan layu
Cintakan manusia kan pergi

Thursday 21 October 2010

..::Langkah Tercipta::..

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Cintailah Ilahi~

Apa itu cinta andai terjerumus dgn dosa..
ku rasakan cinta manusia itu suatu bebanan ,
ku rasakan cinta manusia ini hanyalah sementara ,
bertapa hinanya cinta manusia yg bertuankan nafsu ,

ku akui bertapa bahagianya cinta pabila dihiasi dengan memori indah ,
sehingga lupa pada yg Maha Esa ,
Namun pabila masalah menjelma tiba ,
siapa sangka yang jiwa mereka akan menderita ,
hanya kerana kesilapan kecil maka hancurlah cinta ,

Tahukah dikau cinta berpaksikan nafsu,
tidak mampu membawa membahagiakan dirimu,
sebaliknya menjanjikan seribu satu sengsara,
hanya kerana cinta dusta..

Cinta manusia tidak menjanjikan kebahagian,
dan jua kejujuran malahan juga kesetiaan ,
mengapa cinta yg sementara yg kita cari sedangkan ada yg Hakiki?

itulah manusia yang lemah dengan musuh utamanya iaitu nafsu ,
terlalu mudah mengalah pabila maksiat ada ,
bagaikan tidak ada bezanya manusia dengan syaitan ,

Wahai Adam, Wahai Hawa,
Allah sentiasa setia disisi hambaNya walaupun Dia murka dgn dirimu ,
kerana Dia sentiasa menyayangi dirimu itu ,
maka, dekatilah Dia dan rasailah cintaNya ,
kelak engkau akan bahagia ,
dengan cinta Ilahi yg menjanjikan seribu makna yg tersemi

Friday 1 October 2010

Air Mata Tidak Selamanya Abadi

Senyum. Bahagia. Tenang.Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.

Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.

Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.

Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.

Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.

Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.

Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.

Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.

Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.

Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.

Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.

Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.

Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.

Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.

Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.

Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.

Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.

Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.

Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.

Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?

Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.

Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?

Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.

Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.

Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".

Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?

Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku

Pelangi Selepas Hujan

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

Saturday 25 September 2010

Memaafkan Untuk Syurga

Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia.Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.

Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."

Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.

Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.

Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."

Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."


Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.

Friday 24 September 2010

Keadilan dan Kepedulian

Tidak pedulisme, mungkin satu perkataan baru buat anda. Apa yang pasti elemen ini begitu kuat dilihat dalam masyarakat mutakhir ini.Tidak pedulismenya kita pada jiran tetangga menyebabkan masalah keadilan sosial kian meruncing.Tidak pedulismenya ibu bapa menyebabkan anak-anak terabai keperluan kasih sayang.

Dalam arena Malaysia ke arah pembangunan dan pembaharuan Wawasan 2020, wajarkah pembangunan negara dalam pelbagai bidang diteruskan dengan mengenepikan pembangunan jiwa?Masyarakat kian parah dengan gejala negatif yang tidak pernah berkurang malah terus-menerus bercambah bagaikan cendawan.

Bukan lagi suatu mimpi anak berumur sebelas tahun mampu menonton rakaman video lucah bersama abangnya yang baru berumur 12 tahun.Kepercayaan pincang ibu bapa mahupun sesiapa sahaja yang terdekat terhadap anak sendiri mengakibatkan tiada pemantauan serius terhadap aktiviti harian anak-anak kerana kesibukan mencari harta dunia.

Pengharapan seratus-peratus dalam tugas mendidik dengan mudah diletakkan di bahu guru-guru mahupun pembantu rumah yang pastinya tidak mungkin dapat menjalankan tanggungjawabnya sebaik ibu bapa kandung sendiri.Tujuh jam anak-anak di sekolah bukanlah masa puncak untuk melentur buluh dari rebungnya, peranan ibu bapa lagi tujuh belas jam menjadi persoalan.

Kepelbagaian karenah anak-anak di sekolah apabila diselidik, dengan mudahnya dapat dikesan berlaku pergolakan di rumahnya sendiri.Ibu bapa yang mahu guru-guru memberi komitmen kepada anaknya di sekolah seharusnya turut melangsaikan tugasnya bersama-sama anak-anak.

Ambillah peluang dan turutilah nasihat bagaimana berbezanya keluarga bahagia dengan keluarga yang porak-peranda.Seorang anak kecil di bangku sekolah rendah tidak mampu meluahkan perasaannya secara terus kepada kita sebagai orang tua.Apa yang mereka lakukan untuk menarik perhatian orang di sekeliling ialah dengan berbuat kesalahan demi kesalahan supaya ada yang sudi menunjukkan kasih sayang.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Andai saluran kasih sayang diletakkan di tempat yang salah, maka ranaplah masa depan anak-anak ini.Solat tidak dijaga, bacaan al-Qurannya entah ke mana. Rugilah umat Islam sekiranya seorang demi seorang anak bangsa hanyut dibuai keasyikan duniawi.Terbahak-bahaklah musuh Islam melihat kejahilan kita.Anak-anak sekalipun sebenarnya tidak boleh menyalahkan ibu bapa apabila dewasa kelak kerana kita berhak memilih dalam hidup ini.

Mahu menjadi golongan mu'minin atau sebaliknya. Hidayah perlu dicari, bukan dinanti.Kesilapan menuding jari sesama sendiri hanya akan merugikan kesatuan umat Islam. Hal ini sering dilihat di kaca televiyen mahupun media-media yang lain.Anak, ibu bapa, guru, jiran tetangga serta barisan kepimpinan negara keseluruhannya tidak seharusnya memandang enteng keadilan dan keperluan mendidik antara satu sama lain.

Tidak betul namanya jika anak dipaksa solat lima hari semalam, dihantar ke sekolah agama beratus-ratus ringgit sebulan, tetapi sekalipun tidak pernah menunjukkan diri sendiri dalam menjalankan tanggungjawab beribadah.Tidak ditunjukkan diri sebagai role model terbaik.Tidak betul juga jika diperhabiskan jutaan ringgit untuk kempen merokok sekiranya kepimpinan teratas juga menjadikan rokok sebagai kawan baik!

Keadilan itu sendiri bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.Jika tidak, jadilah anak menyaman bapa, bapa menyaman anak sendiri.Tanpa segan silu. Institusi kekeluargaan yang punah melahirkan masyarakat yang rosak dengan seribu satu masalah yang tidak dapat diselesaikan.Berterima kasihlah kepada Allah dan jauhkanlah diri dan keluarga kita daripada perkara yang melalaikan.


Tiang agama iaitu solat usah diperkecilkan keberkatannya.Ramadhan yang dirindui kedatangannya ini nanti sambutlah dengan penuh keinsafan. Wallahua'lam.