My profile

My photo
Jadikanlah zikir ini sebagai nyanyian mulut kita setiap hari, terutamanya dikala waktu kesusahan menimpa diri. Kerana apabila manusia terus-menerus mengingati Allah (s.w.t.) sewaktu dalam kesusahan, maka mereka tidak akan sekali-kali berputus asa kerana yakin atas apa yang Allah takdirkan.

Friday 29 October 2010

Allah yang Maha Esa









 Tersergam indah bak mahligai dimata ,

 Segala nikmat yang diberiNya tidak terhingga ,
 Kuntuman mawar mekar merona ,
 Kicauan burung yang mendamaikan jiwa ,

 Cengkerik berbunyi dibelantara ,
 Langit membiru bagaikan tiada penghujungnya ,
 Awan berarak ibarat membawa berita ,
 Tiupan angin yang menyegarkan minda ,

 Rembulan setia mencurahkan cahay ,
 Dihiasi bintang yang bergemerlapan dialam semesta ,
 Hutan yang menghijau keseluruh pelusuk dunia ,
 Ditemani air yang jernih nan membiru dimata ,

 Bertapa indahnya alam ciptaanNya ,
 Semua tunduk dibawah kuasa yang Maha Esa...

1 comment:

  1. Tersergam indah bak mahligai dimata ,
    Segala nikmat yang diberiNya tidak terhingga ,
    Kuntuman mawar mekar merona ,
    Kicauan burung yang mendamaikan jiwa ,

    Cengkerik berbunyi dibelantara ,
    Langit membiru bagaikan tiada penghujungnya ,
    Awan berarak ibarat membawa berita ,
    Tiupan angin yang menyegarkan minda ,

    Rembulan setia mencurahkan cahaya ,
    Dihiasi bintang yang bergemerlapan dialam semesta ,
    Hutan yang menghijau keseluruh pelusuk dunia ,
    Ditemani air yang jernih nan membiru dimata ,

    Bertapa indahnya alam ciptaanNya ,
    Semua tunduk dibawah kuasa yang Maha Esa...
    Menjadi bukti kekuasaanNya..
    Bertapa hebatnya Dia..

    Masih lagi ada yang alpa dan leka..
    Dalam maksiat yang hina..
    Namun sedarkah mereka..?
    Setiap perbuatan pasti ada balasannya..

    Mereka terus bersujud padaNya..
    Mengukir indahnya cinta bersama Pencipta..
    Disegar dinihari yang menjelma tiba..
    Hanya kerana akur akan perintahNya..

    Jiwa yang tenang kan senantiasa bahagia..
    Setiap langkah diawali Bismillah..
    Ukhwah dijalin berteraskan Mahabbah..
    Indahnya islam agama kita..

    ReplyDelete